Siri Ana Solehah: Ana & Puteri Elisa
Publisher,Blue-T Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 80 g
No. of Pages,
*Penerima Anugerah Buku Negara
Ana Solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawankawannya.
“Siapa benarkan dia tinggal di dalam bilik kakanda Erina?” tengking Puteri Elisa kepada dayang-dayang Istana Indera Sakti. Ana yang sedang berjalan bersama Cik Seri tergamam seketika. Dia tidak sangka yang Puteri Elisa begitu membencinya.
“Bonda Puteri Elisa,” ujar salah seorang dayang di situ. Puteri Elisa merengus kasar dan berjalan untuk menemui Permaisuri Baizura.
“Ana….Sabarlah, sebenarnya Puteri Elisa bukan macam tu,” kata Cik Seri.