Siri Anak Soleh & Solehah: Himpunan Cerita Teladan Para Wali Allah
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / AGAMA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Buku Himpunan Kisah Teladan Buat Anak Soleh Solehah ini merupakan koleksi kisah benar yang bersumberkan hadis, kitab-kitab agama, serta buku yang mengisahkan kehidupan para wali Allah. Himpunan cerita ini mengandungi 20 kisah benar yang telah disusun semula agar lebih mudah dihayati dan dijadikan pedoman. Oleh itu, buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja Islam.
Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk menyajikan peristiwa-peristiwa benar yang pernah berlaku serta berkait rapat dengan pembentukan akhlak mulia. Kami berharap kisah-kisah ini dapat dijadikan panduan dalam usaha mendidik serta membentuk akhlak anak-anak dan remaja Islam. Semoga kisah-kisah ini memberi pengajaran berharga dalam membentuk anak-anak yang soleh dan solehah, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.
Sebahagian besar dialog dalam buku ini bukanlah perbualan sebenar seperti yang tercatat dalam bahan rujukan asal. Namun, ia telah disusun semula bagi menghidupkan penceritaan agar lebih menarik untuk dibaca. Besar harapan kami agar buku Himpunan Kisah Teladan Buat Anak Soleh Solehah ini bukan sahaja dapat menanam minat membaca dalam diri anak-anak, tetapi juga menjadi bahan bacaan yang sesuai untuk membentuk akhlak serta merangsang pemikiran mereka