Tema siri candy ke 30 kali ini ialah kebersihan. Kita dapat belajar daripada kisah Sofia yang malas menjaga kebersihan, di sekolah mahupun ketika di rumah. Bukan sahaja kebersihan diri, tetapi juga kebersihan tempat sekeliling kita seperti kelas dan bilik tidur. Adakah Sofia dapat mengubah sikapnya yang pemalas itu? Juga diselitkan info bagaimana cara yang betul untuk mengemas kelas. Sangat bagus untuk pelajar mempelajari tentang kebersihan daripada kisah Sofia.