Siri Cerita Hantu: Puaka Makmal Sains Sekolah
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Ziana Zain!” sahut seorang pelajar di meja belakang.
“Lawak kamu dah basi, Ian! Ziana Zain tu Puncak Kasih. Saya harap kamu dapat lakukan lebih baik pada minggu hadapan. Itu pun kalau kamu tidak tersingkir pada minggu ini, Ian,” jawab Cikgu Nida dengan gaya juri rancangan pertandingan hiburan di TV. Seluruh kelas berdekah. Ian pula sengih tersipu-sipu. Rancangannya untuk membuat punchline telah gagal.
“Aku!”
Dalam keriuhan gelak tawa di dalam makmal itu, Cikgu Nida terdengar suara dari belakangnya. Disangkanya ada pelajar mahu menjawab. “Ya, siapa nak jawab?” Cikgu Nida menoleh, dan ketika itulah jantungnya terasa seperti mahu gugur.
Seorang lelaki berwajah pucat memakai kot putih dengan stetoskop tergantung di leher sedang berdiri di belakang Cikgu Nida, memandangnya dengan mata yang merah menyala. “Aku,” kata lelaki itu sekali lagi. “Aku yang paling atas dalam rantai makanan,” sambungnya sambil tersenyum, menampakkan dua taring panjang di penjuru bibirnya.
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Teringat zaman sekolah dulu, makmal sains. Mana² sekolah pon tak dapat lari dari pelbagai cerita seram. Kepada adik² yang musim mco ni mungkin tak dapat merasa pi sekolah macam zaman akak dulu². Seronok tau baca citer² macam ni. Siri Cerita Hantu ini memang best. Sekali sekala baca buku cerita macam ni menguji minda jugak.
Sy beli buku ni utk anak sy yg berusia 8 tahun kerana dia suka & minat membaca buku cerita kisah2 seram. Dia suka buku ni, nti boleh la beli lg siri2 buku cerita seram dan dpt menambah koleksi buku cerita anak sy. Di samping itu juga dpt memupuk budaya minat membaca dikalangan kanak2.
Teringat zaman persekolahan mesti ada kisah-kisah misteri dan seram. Suka kepada pembacaan genre mistik jadi saya enjoy membaca novel ini. Ketiga-tiga ceritanya best, mengimbau kembali ke dimensi seram zaman sekolah saya dulu-dulu.