Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran: Permainan dan Simulasi

Checking local availability
RM10.00
Product Details

Publisher,Dewan Bahasa & Pustaka
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Buku Permainan dan Simulasi ini merupakan satu daripada judul dalam Siri Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Buku ini membincangkan salah satu aspek pedagogi yang boleh membanu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Aktiviti dalam kaedah permainan dan simulasi membolehkan pelajar melibatkan diri dalam suasana pembelajaran yang berfokus kepada kemahiran interpersonal. Suasana sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari, malah dapat menyerlahkan bakat dan potnesi diri mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri.

Buku ini mengandungi lima unit. Unit 1 mengandungi penerangan tentang maksud dan ciri kaedah permainan dan simulasi. Unit 2 pula khusus membincangkan kepentingan kaedah permainan dan simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit 3 menjelaskan jenis permainan dan simulasi. Unit 4 pula membincangkan peranan guru dalam melaksanakan kaedah permainan dan simulasi. Akhir sekali, Unit 5 mengandungi contoh modul pembelajaran bagi beberapa mata pelajaran.

Diharapkan buku ini dapat membimbing guru ke arah menjadi guru yang bukan sahaja berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar, tetapi juga berkeyakinan untuk meneroka pelbagai aktiviti yang disarankan bagi mempertingkatkan penguasaan pedagogi guru.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)