Siri Kalbu: Metamorfosis Luka, Reda & Bahagia
Publisher,Kadokawa Gempak Starz
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Ajar aku bagaimana caranya bahagia...
Kisah yang lahir dari relung hati yang pernah terluka. Bertubi-tubi ujian menimpa, membentuk keikhlasan, keberanian dan ketelusan dalam jiwa.
Sebuah perjalanan seorang wanita yang dipaksa dewasa dalam kepingan keluarga yang tidak sempurna, melalui perkahwinan yang terkandas di tengah jalan dan akhirnya berdiri sebagai ibu tunggal dengan kekuatan yang lahir daripada kasih terhadap anak dan kebergantungan penuh kepada Tuhan.
Naskhah ini mengungkap pergolakan batin, jatuh dan bangun, kecewa dan reda. Kisah kejujuran tentang rasa kekecewaan dan usaha untuk kembali pulih.
Naskhah ini ditulis untuk jiwa-jiwa yang letih namun belum berputus asa. Juga untuk yang sedang belajar, walau sebelah sayap sudah patah serta yang ingin terbang dengan niatnya kerana Allah SWT.
Metamorfosis dari sudut penulis: Perjalanan transformasi seorang insan daripada luka kepada kebahagiaan.