Siri Kesihatan & Halaman: Kemujaraban Bekam

ISBN: 9789673225965
Checking local availability
RM16.90
Product Details

Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik pengubatan bagi kamu ialah hijamah (berbekam)”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tabrani Dari Samurah r.a.)
 
Bekam adalah salah satu cara perubatan yang digemari dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam dan merupakan salah satu cara perubatan yang telah lama dilakukan. Namun, pengubatan dengan cara berbekam tidak pula menjadi pilihan utama bagi kebanyakan masyarakat di negara kita.
 
Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik (racun) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Toksin ialah endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh manusia. Toksin ini terdapat pada hampir setiap orang yang berasal daripada pencemaran udara, racun daripada sayur-sayuran dan buah-buahan serta bahan kimia daripada makanan. Inilah satu cara “detokfikasi” yang sesuai dan selamat yang telah lama digunakan. Pengunaan bekam merupakan kaedah yang efektif tanpa kesan sampingan dan kini dimodenkan dengan kaedah-kaedah ilmiah.
 
Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia. Oleh itu, banyak toksik yang terkumpul di situ. Dengan cara berbekam, darah dapat dibersihkan dan ini seterusnya dapat melegakan kesakitan dan memulihkan fungsi badan serta memberi harapan kepada pesakit untuk terus berusaha mendapatkan penyembuhan.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)