Hidup secara sihat dan sepanjang hayat merupakan harapan kebanyakan insan yang hidup di dunia ini. Namun, harapan itu tidak kekal lama kerana apabila mengalami gangguan kesihatan, tidak semua orang mampu mengembalikan kesihatan mereka kerana kekurangan kos khususnya apabila mereka mendapatkan rawatan moden. Bagaimanapun, kita juga perlu ingat bahawa walaupun kita masih memiliki kemampuan mendapatan rawatan moden, kesan sampingan daripada rawatan tersebut tidak boleh dipandang sebelah mata. Penggunaan ubat-ubatan moden yang kadangkala berlebihan dos atau terlalu bergantung kepadanya akan membawa masalah kesihatan yang lain pula.