Siri Kesihatan & Halaman: Memanfaatkan Halaman Rumah Untuk Taman Ubat Keluarga
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Memiliki kediaman yang mempunyai halaman yang luas adalah suatu kelebihan bagi pemiliknya. Halaman yang luas boleh digunakan untuk membina taman dan juga bercucuk tanam tanpa bimbang ruang yang terhad. Bagi mereka yang tinggal di bandar pula, halaman yang sederhana juga masih boleh digunakan untuk membina taman kecil dan penjagaannya tidak terlalu rumit akibat kesibukan penghuninya.
Tiada konsep tertentu apabila membina taman ini kerana yang paling penting ialah selesa dan penjagaan mudah.Pagar yang mengeliligi rumah boleh ditanam dengan sayuran menjalar seperti kacang panjang dan petola. Pembinaan wakaf yang dihiasi dengan ukiran kayu motif tradisional pula pasti akan menambahkan lagi keunikan taman mini anda.
Buku ini memuatkan pelbagai jenis tumbuhan herba, bunga dan sayur-sayuran yang boleh dijadikan pilihan untuk membina taman mini. Terdapat juga aspek lain yang dibincangkan seperti pemilihan tumbuhan, penentuan corak penanaman, penentuan kawasan penanaman, pemeliharaan dan penuaian hasil.