Siri Mekar: Bahagia Bermula Saat Kita Melepaskan
Publisher,Kadokawa Gempak Starz
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kekeliruan tentang 'kehidupan sempurna' sering menjadi punca kita sukar bahagia. Ramai menyangka jika ada lebih banyak duit, rumah lebih mewah, majikan lebih memahami atau pasangan lebih prihatin, barulah hidup terasa lengkap. Namun, bukankah tanggapan ini yang sebenarnya menjauhkan kita daripada bahagia?
- Orang murung berkata, “Saya sedih sebab tiada duit,” tetapi ada yang lebih miskin tetap tersenyum.
- Orang risau berkata, “Kalau tiada kerja, saya tak boleh hidup,” tetapi adakah kerisauan pernah menyelesaikan apa-apa?
- Orang berdendam mahu melihat orang lain menderita, tetapi adakah penderitaan mereka memberi ketenangan kepada kita?
- Orang yang kehilangan insan tersayang sering bertanya, "Bagaimana mahu terus hidup?", namun sebelum mereka hadir pun kita pernah hidup dengan baik.
Kita menginginkan hidup berjalan seperti yang diimpikan, tetapi hakikatnya jarang begitu. Mengapa? Jika kita menginginkan segala-galanya mengikut kemahuan sendiri, mungkinkah hidup benar-benar akan berlaku seperti yang kita inginkan?
Hakikatnya, kita terperangkap dalam persepsi dan pegangan yang sukar dilepaskan.