Siri Mekar: Bebaskan Jiwa Daripada Penjara Resah

ISBN: 9786294550476
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Kadokawa Gempak Starz
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 219

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / MEMBINA DIRI / MOTIVASI

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

William Shakespeare pernah berkata, "Tiada perkara yang benar-benar baik atau buruk. Pemikiranlah yang menjadikannya baik atau buruk!"

Sedih dan gembira, derita dan bahagia, semuanya bermula dari dalam hati. Apabila kita mula memahami hakikat ini, di situlah langkah pertama menuju kebebasan jiwa.

Cara kita melihat dunia dicorakkan oleh minda. Jika minda melihat dunia ini mengecewakan, maka diri kita akan terus-menerus mencari alasan untuk membenarkan pandangan negatif itu.

Namun, kefahaman sebenar hanya akan hadir apabila kita mula melihat sesuatu tanpa prasangka dan penghakiman.

Tanpa prasangka awal, kita dapat mengenali seseorang dengan sebenar-benarnya. Malah, setiap orang dicipta dengan nilai diri yang berbeza. Oleh itu, daripada lelah mengejar penerimaan orang lain, mulakanlah dengan belajar menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Apabila kita tahu nilai diri, kita tidak akan lagi berpaut pada pujian manusia. Dengan keyakinan yang utuh, kita akan sedar bahawa diri ini sudah cukup berharga, layak dicintai dan tidak mengapa jika tidak disukai oleh semua orang.