Siri Novel Ana Solehah: Geng Sparkle Pink Ana
Publisher,Ana Muslim Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 128
Shelf: MUTIARA MINDA / CHILDREN MALAY READERS / PRESCHOOL/WORKBKS/ACTIVITIES
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Ana Solehah bersama adiknya Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.
***
"Kita perlu hasilkan sesuatu yang istimewa sempena hari keusahawanan nanti,” kata Ana.
“Ina ada idea! Apa kata kita cipta minuman yang berkilauan? Macam unicorn tears? Tapi versi kita sendiri!” ujar Ina memberikan cadangan.
“Wah, menariknya! Kita juga boleh namakannya sebagai Sparkle Pink Potion, macam nama kumpulan kita, Geng Sparkle Pink!” celah Ana pula.
Hari keusahawanan yang dinanti-nantikan kini telah pun tiba. Namun, 'langit tidak selalunya cerah', apabila hari yang dijangkakan penuh kemeriahan bertukar menjadi hari yang begitu tragis! Gerai jualan Ana, Ina dan Idah kini telah pun musnah dalam sekelip mata! Begitu juga dengan Sparkle Pink Potion yang tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan! Siapakah dalang di sebalik insiden ini? Dapatkah Sparkle Pink Potion ditemui semula atau sebaliknya?