
Siri Novel Remaja Islam: Kembara Cinta
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Apakah kesudahannya cinta seorang penjaja jalanan terhadap seorang gadis wartawan?
Maliki, seorang penjaja jalanan yang menyenangi sikap pemurah dan kesederhanaan Vanida, seorang wartawan yang berdarah India.
Mereka sering kali bertemu di jalanan, akhirnya benih-benih cinta di antara mereka mula berputik, sehinggakan Vanida sanggup menundakan perjalanannya ke Singapura semata-mata kerana perasaan cinta yang telah bertakhta. Sayangnya, masing-masing tidak mahu mengakui perasaan cinta yang hadir di dalam hati mereka.
Sebelum detik perpisahan berlaku, malang telah menimpa mereka. Bagaimana dengan perasaan mereka berdua? Adakah cinta akan menyatukan mereka berdua atau cinta mereka hanyalah KEMBARA CINTA?