Siri Princess Fatimah: Keajaiban Menyayangi & Mencintai Allah
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Buku ini memberi pengetahuan tentang perbuatan baik yang boleh kita teladani. Dalam buku ini terdapat dua kisah yang sangat bermanfaat bukan sahaja kepada anak-anak bahkan juga kepada ibu bapa. Buku keajaiban menyayangi mengisahkan tentang seorang puteri yang bernama Princess Fatimah yang memiliki akhlak yang mulia dan pemaaf walaupun barang miliknya hampir dicuri oleh lelaki tua yang diberi pertolongan olehnya. Princess tidak menyimpan dendam kepada lelaki tua itu malahan Princess Fatimah sendiri sanggup melawat dan menasihati lelaki tua itu.
Dalam buku kedua pula, mengisahkan tentang kedukaan yang dihadapi oleh Princess Fatimah yang kematian arnab kesayangan sehingga alpa kepada Yang Maha Esa tetapi sesuatu peristiwa yang terjadi ketika keluar menenangkan diri telah menginsafkannya. Apakah peristiwa tersebut? Ikutinya dalam siri ini.