Siri Psikologi Manusia: Kunci Pengembangan Diri
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Dalam kehidupan seharian ramai orang yang melakukan aktiviti mengikut tujuan sendiri. Ada yang mengejar sesuap nasi, memburu cita-cita, memenuhi tuntutan hidup dengan melayani orang lain dan sebagainya. Namun, ada juga sesetengah orang menjalani aktiviti harian sekadar untuk memenuhi waktu, tanpa ada niat tertentu.
Perilaku manusia merupakan usaha untuk beradaptasi dengan persekitaran. Manusia berinteraksi dengan persekitarannya kerana dua sebab: perlu untuk menguasai persekitaran dan menjaga kelangsungan hidupnya (survival). Adanya keperluan untuk menguasai persekitaran yang mendorong manusia untuk terus belajar dan mengembangkan diri. Kesulitan dalam mengembangkan diri ini sering kali dirasa mengancam kelangsungan hidup. Pada saat dirasakan adanya hal yang mengancam dalam kehidupan sehari-hari, aliran otak diaktifkan sehingga timbul keupayaan untuk bertindak. Tanpa adanya keperluan yang berkembang menjadi tujuan atau tanpa adanya tujuan yang dikembangkan dalam hidup, orang tersebut tidak akan memiliki tenaga yang mendorongnya untuk bertindak atau kehilangan motivasi hidup.