Siri Puaka Sekolah: Hostel (2024)
Publisher,Penerbit-X
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 90 g
No. of Pages, 36
-
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Tangga itu
diperbuat daripada tulang manusia yang lahir pada 29 Februari dan akan
dimasukkan ke dalam lubang yang digali tadi. Dengan tangga itu, dia boleh turun
ke alam kematian dan mendapatkan anaknya serta kembali semula ke alam nyata,”
cerita Hakimi.
29 Februari adalah
tarikh penting buat Fahmi kerana itu adalah tarikh hari lahirnya. Fahmi
berpindah ke sekolah baru dan menginap di asrama. Namun, dia mendapat cerita yang
kurang enak daripada seniornya, Ikhwan yang mengatakan terdapat sumpahan di
sekolah tersebut. Pada setiap tahun lompat, akan muncul roh seorang wanita yang
akan menculik pelajar yang lahir pada tarikh 29 Februari untuk dijadikan korban
bagi mendapatkan semula anaknya yang telah mati di bangunan asrama lama
berhampiran.
Fahmi tidak
mempercayai cerita itu sehinggalah dia dikatakan sering bercakap seorang diri
oleh para senior dan rakan-rakannya. Mereka mengatakan wanita tukang cuci
asrama yang selalu berbual dengannya itu tidak wujud! Ikhwan khuatir roh wanita
yang suka menculik pelajar yang lahir pada 29 Februari telah menanda Fahmi
untuk dijadikan korban seterusnya. Apakah benar apa yang dikatakan Ikhwan?
Dapatkah Fahmi melepaskan diri daripada roh wanita itu?
* * *
Kisah yang berlaku
dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan
kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu
wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang
yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.