Siri Saji Bestari: Brownies Moden & Klasik
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Brownies merupakan kek tradisional Amerika Syarikat yang mula dikenali pada tahun 1879. Nama brownies itu sendiri diambil daripada warna keknya yang kecoklatan. Oleh kerana rasanya yang lazat, kek bertekstur padat ini menjadi popular dan terkenal hingga hari ini.
Kini, seiring dengan waktu, brownies muncul dalam pelbagai versi dengan menambahkan filling dengan pelbagai bahan seperti jem dan kekacang. Penampilan brownies juga bertambah menarik dengan teknik glazing dengan bahan seperti coklat serta strawberi dan ini membuatkan brownies kelihatan licin. Terdapat juga penambahan bahan mengikut citarasa tempatan dengan menambahkan santan dan kelapa parut. Hal ini telah memberikan aroma dan rasa yang lebih kaya dan harum.