Seia Sekata: Seni Komunikasi Menang-Menang Suami-Isteri pada Waktu Sukar dan Senang
Publisher,Puteh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 195 g
No. of Pages, 224
Shelf: Mutiara Minda / Membina Diri
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Memanjangkan Kebaikan
“Sekiranya kereta pun ada jadual penyelenggaraan bagi setiap kilometer, demikian juga kehidupan berpasangan. Cara kita berkomunikasi diselenggara agar dapat memandu perkahwinan pergi lebih jauh. Inilah ikhtiar dari hati agar sampai ke hati.”
Membangkit Rasa
“Komunikasi tidak pernah meninggalkan kita. Tutup mulut pun kita tetap berkomunikasi. Kita tidak dapat mengelak, melainkan kita faham cara komunikasi bekerja sehingga dapat membangkitkan rasa pada jiwa pasangan.”
Bahagia Mengikut Acuan Kita
“Dari usia perkahwinan satu bulan ke 39 tahun, penyelidik tempatan mendapati ada enam tingkah laku pencetus rasa bimbang terhadap komunikasi pasangan. Semakin bimbang, semakin tinggi rasa tak puas hati. Buku ini menyediakan panduan berhadapan enam tingkah laku itu.”
Mengenai Penulis
Ainon Mohd adalah pengasas PTS Media Group. Beliau memiliki latar ijazah Linguistik dan Sastera, 1973 dari Universiti Malaya. Mula menulis sejak tahun 1996 dan menghasilkan lebih 30 buah judul buku. Dikenali ramai dalam topik kemahiran berfikir.
Zamri Mohamad memiliki latar ijazah Komunikasi Massa, 2006 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dua buku tulisan beliau pernah meraih undian ramai di Anugerah Pilihan Pembaca Popular dan Berita Harian (APPBH) dua tahun berturut-turut.