Siri Tadabbur Haiwan Dalam Al-Quran : Kisah Hikmah Dan Ibrah
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / SIRAH/BIOGRAFI & PROFIL
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Al-Quran merupakan kitab panduan dan petunjuk bagi manusia. Selain memuatkan hukum-hakam, al-Quran turut merakamkan pelbagai kisah, perumpamaan dan pengajaran melalui haiwan-haiwan yang disebut di dalamnya. Ada yang menjadi tentera Allah, ada yang dikaitkan dengan kisah para nabi, dan ada yang dijadikan nama surah dalam al-Quran. Setiap satunya mengandungi tanda kebesaran Allah yang wajar direnungi.
Buku Siri Tadabbur Haiwan Dalam al-Quran: Kisah, Hikmah dan Ibrah menghimpunkan haiwan-haiwan yang disebut dalam al-Quran melalui gabungan tafsiran ayat, kisah daripada al-Quran dan hadis, fakta saintifik, perbahasan hukum serta pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Pembaca akan dibawa menelusuri dunia haiwan sambil memahami sebab dan tujuan penyebutannya dalam al-Quran.
Melalui buku ini, pembaca bukan sahaja dapat mengenali haiwan-haiwan yang dirakamkan dalam al-Quran, bahkan diajak untuk merenungi kebesaran Allah serta menyingkap hikmah yang tersimpan di sebalik setiap ciptaan-Nya.