Siri Tudung & Kejelitaan: Gaya Pesona Tudung Unggul
Publisher,Synergy Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tudung adalah pelengkap busana Muslimah yang tidak boleh ditinggalkan. Seiring dengan tuntutan agama Islam menyeru supaya golongan wanita menutup aurat daripada dilihat daripada seseorang yang bukan muhrimnya. Namun, pada hari ini golongan wanita tetap boleh tampil bergaya dengan pelbagai rekaan fesyen Muslimah moden.
Buku Gaya Pesona Tudung Unggul mengupas tentang teknik dan cara pemakaian tudung yang boleh digayakan dengan pelbagai penampilan. Walaupun hanya dengan menggunakan sehelai tudung, anda tetap dapat menggayakannya dengan lebih kemas dan menarik. Teknik yang betul harus diguna agar gaya tudung anda nampak kemas. Setiap langkah ditunjukkan dengan jelas berserta gambar untuk memudahkan anda memahami cara mengenakan tudung dengan betul.
Buku ini sangat sesuai untuk anda jadikan panduan sebagai melengkapi kehendak anda ingin tampil lebih bergaya dengan busana Muslimah anda.