S-K-Y
Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.
Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.
“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...”
Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?
Sebuah karya luar biasa yang mengangkat isu gangguan kesihatan mental yg dialami oleh orang kelainan upaya sebagai mesej utama. Betapa hebatnya kuasa kata-kata, pandangan dan tindakan negatif dari orang sekeliling mampu memberi impak buruk terhadap individu sepanjang hayatnya jika tidak dibantu. Selain itu, mesej hubungan kekeluargaan dan persahabatan juga menjadi elemen pelengkap dalam cerita ini.
What i love the most about the characters in this book is, they're all realistic and relatable to me as a reader. Mengetahui bahawa semua orang punyai kelemahan, kekurangan dan struggle dalam diri masing-masing, membuatkan kita sedar bahawa kita semua adalah sama. Tak kira sama ada bagi manusia yang sempurna sifat & pancainderanya, mahupun manusia kelainan upaya. Empati, adalah kunci bagi masalah jiwa kita semua. ❤️