Soal Jawab Akidah Muslimin
Publisher,Hijjaz Records Publishing
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Ketahuilah ALLAH itu tidak bertempat. Tidak di langit dan tidak di bumi. Tidak di darat dan tidak juga di air. ALLAH juga tidak boleh disamakan dengan apa sahaja bentuk fizikal makhluk-makhluk yang diciptakan-NYA. DIA Maha Suci dan Maha Sempurna. Inilah akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sesungguhnya Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang benar dan berada di landasan ajaran Islam sebenar. Mereka berpegang dengan pegangan Nabi atau jalan hidup Nabi Sunnah merujuk kepada apa saja perbuatan, perkataan, fahaman dan sebagainya yang berkaitan Rasulullah s.a.w. Jamaah pula merujuk kepada para sahabat baginda dan para Khulafa Ar-Rasyidin.
Jika diteliti pegangan yang mempercayai Allah bertempat dan berada di atas langit, didapati ia sama dengan pegangan kufur orang Yahudi. Orang Yahudi beriman bahawa tuhan mereka berada di langit. Dalam satu peristiwa, Saidina Ali karramallahu wajhah didatangi satu rombongan. Mereka bertanya beliau, "Sifatkanlah tuhan kamu yang di langit!" Saidina Ali Menjawab, "Siapa yang menganggap Tuhan kami adalah terhad maka dia jahil dengan tuhan yang disembah."
Soalan yahudi yang berbunyi itu menunjukkan mereka percaya Allah berada di langit. Ini sama dengan pegangan Al-Musyabbihah Al- Mujassimah seperti Musyabbihamoden dewasa ini iaitu Wahabi.