SOLAT HAJAT UNTUK USAHAWAN AGAR USAHANYA BERJAYA
Publisher,AL-HIDAYAH PUBLISHER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 112
Kenapa buku ini mengkhususkan solat hajat untuk usahawan? Tujuan asasnya adalah untuk mengajak semua usahawan untuk merenung semula tujuan dan matlamat yang ingin dicapai di dalam perniagaan menurut Islam. Bagaimanakah caranya untuk berusaha agar seiring dengan syariat dan ajaran Islam tanpa melemahkan usaha dan cita-cita kita. Buku yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin terjun ke dunia perniagaan agar mereka tidak dibutakan oleh kecintaan terhadap harta dunia. Seperti yang sering berlaku kepada segelintir usahawan yang terus hanyut dalam kemewahan harta dunia yang sementara. Dan akhirnya dibebani dengan penyesalan yang tidak kesudahan.
Semoga impak sebenar buku ini iaitu sumbangan dari sudut rohaninya dapat dijadikan pedoman asas bagi setiap usahawan. Matlamat hidup ini bukan hanya di dunia sahaja tetapi sebenar lebih jauh iaitu kehidupan yang berjaya dan bahagia di akhirat kelak. Selamat membaca dan beramal.