Solat Sunat Pilihan (Edisi Kemas Kini)
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Mengapa di akhirat nanti ada yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh mereka yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat. Mereka amat menyesal kerana di dunia dahulu kurang melakukan amalam sunat berbanding orang yang mendapat kelebihan kerana amalan sunat mereka.
Sebab itulah dikatakan bahawa solat sunat ada kaitan dengan darjat kedudukan seseorang di akhirat nanti. Tidak hairan para sahabat begitu fanatik mengikut jejak Rasulullah dalam mengamalkan solat sunat. Setiap solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah tetap akan mereka ikuti krana yakin dengan sabda Rasulullah tentang keistimewaan dan keleihannya.
Solat Sunat Pilihan menampilkan solat-solat sunat yang menjadi amalan rutin Rasulullah setiap hari. Lengkap dengan dalil keterangan Rasulullah tentang keistimewaan dan kelebihan setiap satu solat. Sebagai panduan dan bimingan, disertakan kaifiat melaksanakan solat-solat tersebut.