Sonata
Publisher,BUKU FIXI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 304
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Novel-Lain Lain
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Selepas bertahun-tahun melarikan diri, Adi Zikri terpaksa berdepan kembali dengan masa lalunya. Sang Maestro, Datuk Latiff Saari yang baru menghembuskan nafas terakhir telah meninggalkan amanat buat tiga anak muridnya. Dia mahu Adi Zikri, Rauf Arman dan Elisa Sarah bergabung di atas pentas untuk satu konsert bersama.
Hubungan yang sudah retak bertahun-tahun akibat rasa cemburu dan tersisih seperti mustahil akan terjalin semula. Adi juga sudah lama melupakan keinginannya bergelar pemuzik terkenal selepas dia merasakan Latiff tidak pernah memberi dia peluang untuk menunjukkan bakatnya.
Rahsia yang tersimpan akhirnya bakal terbongkar jua. Berjayakah Adi melawan kenangan dan masa lalu untuk merealisasikan mimpinya? Adakah perjalanannya akan setenang Le Onde, atau sendu dan berliku seperti Winterreise?