Sorry Saya Tersuka Awak

ISBN: 9789672394440
Checking local availability
RM29.90
Product Details

Publisher,Karya Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 455 g
No. of Pages, 590

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Nurin Qistina – Kepulangan yang dinanti. Kepulangan yang sepatutnya dirai dengan sebuah kegembiraan. Malangnya kala kaki menjejak ke bumi Malaysia semula selepas 4 tahun di luar negara, dia disambut dengan berita di luar kewarasan akalnya.
 
Satu tragedi yang menimpa kembarnya Nurin Qasdina hingga mengorbankan nyawa kakak kesayangannya itu memaksa dia menjalankan satu misi. Semuanya kerana tulisan terakhir Nurin Qasdina yang dibacanya dalam diari milik arwah beberapa minggu sebelum arwah meninggal.
 
Muncul dua lelaki serentak pada masa yang sama dalam hidup Nurin Qistina. Ashraf Hakim si kekasih arwah Nurin Qasdina dan Ameer Azli, pekerja papanya. Hati Nurin Qistina dicuit pelbagai rasa.
 
Ashraf Hakim – semakin dia mengenal peribadi lelaki yang menjadi kesayangan arwah kakaknya ini, nyata sangkaan awalnya mengenai lelaki ini menyimpang jauh. Dan dia terpesona! Tidak mahu membiarkan semua rasa itu larut kerana seawal dia mendekati lelaki itu, tujuannya cuma satu. Lalu dia berterus-terang semuanya.
 
Ameer Azli – Bila Nurin Qistina mula masuk pejabat papa, hari-hari bertemu muka dengan lelaki ini, hati yang luka perlahan mulai terubat. Lelaki ini punya sisi manisnya tersendiri. Tanpa sedar, dia menyenangi kewujudan lelaki ini dalam hidupnya. Namun saat hati sedang bahagia, tiba-tiba muncul kejutan yang menggegarkan seluruh jiwa dan raga seorang Nurin Qistina.
 
Buat sekian kali, dia hampir rebah. Kenyataan yang terhidang di depan mata seakan meranapkan segala semangat yang tersisa.
 
Akan munculkah buat sekian kalinya sebuah pelangi bahagia membawa utusan cinta yang sebenar-benarnya buat seorang Nurin Qistina?

Dimensions: 11 x 2.5 x 18 cm

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)