Strategi dan Teknik Penulisan Ulasan Buku: Panduan Praktikal

ISBN: 9789672440086
Checking local availability
RM32.00
Product Details

Publisher, Firdaus Press Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 127

"Daripada siapa Dr. mendapat inspirasi menulis ulasan buku?"
Soalan seperti ini pernah beberapa kali ditanya kepada Profesor Dr. Makmor Tumin, pensyarah di Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, dan berikut adalah antara respons beliau:

"Pertamanya, adanya inspirasi daripada Jean Bethke Elshtain, seorang ahli falsafah, ethicist dan intelektual masyarakat dari Amerika Syarikat, yang pernah mengemukakan idea tentang 'suara wanita' (women's voice). Tokoh ini telah menghasilkan lebih daripada 100 ulasan buku. Pernyataan beliau yang berikut masih terngiang-ngiang di gegendang telinga Dr. Makmor, "I have published at least one hundred-twenty reviews. These have appeared in scholarly publications and journals of political and cultural criticism."

Keduanya, apabila ulasan dilakukan ke atas sesebuah naskhah yang dibaca, ia akan mendatangkan kesan emosi yang lebih mendalam terhadap naskhah yang dibaca itu.

Ketiganya, dengan adanya perkongsian ilmu melalui ulasan buku, masyarakat akan dengan lebih mudah dan pantas mendapat akses terhadap karya yang begitu banyak tumbuh seperti cendawan selepas hujan."

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)