Strategi Usahawan Cemerlang
Publisher,Utusan Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Sejarah pernah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai usahawan adalah negara yang lebih maju terutama dari segi kemajuan ekonomi dan juga sosial. Mereka memainkan peranan yang penting dalam menjana ekonomi, menyediakan frasarana serta memberi nilai tambah kepada sumber kekayaan negara. Tanpa mereka, sumber-sumber alam yang dimiliki oleh negara tidak dapat diterokai dan kekayaan dari negara luar tidak mampu dibawa balik ke negara sendiri.
Sehubungan dengan ini, usahawan telah diiktiraf sebagao penggerak dan juga pemangkin dalam meneroka dan menjana sumber. Mereka mampu menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup dan menambah baik kualiti kehidupan masyarakat. Sungguhpun begitu, ketahanan, kemampuan dan kelangsungan mereka berperanan di pentas yang penuh mencabar bergantung kepada kesediaan mereka untuk menerima dan menyediakan peluang latihan bagi meningkatkan kepakaran teknikal, antara perorangan dan konseptual.
Justeru, buku ini disediakan khusus bagi meningkatkan daya tahan dan kelebihan kompetitif yang sedia dimiliki oleh seseorang usahawan. Di samping itu, buku ini juga penting kepada bakal usahawan sama ada dalam kalangan mahasiswa atau bukan untuk membuat persediaan sebelum menceburkan diri dalam ekrjaya ini yang kaya dengan peluang dan juga ketidakpastian.