SUAMI AKU USTAZ
Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 600 g
No. of Pages, 583
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK' bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz' sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Pilihan Staf:
Dilema yang dihadapi oleh Alisa, pelajar Tingkatan 5 dengan permintaan keluarganya untuk menyatukannya dengan Ustaz Hafiz merangkap sepupunya sendiri sebelum kedua ibu-bapanya bertolak mengerjakan ibadah haji. Tujuannya supaya ada yang menjaga Alisa semasa ketiadaan mereka dan sekaligus menjinakkan perangai Alisa yang nakal dan gila-gila. Novel ini juga turut menyelitkan peringatan dan maklumat berunsur keislaman di samping kecekalan Alisa dalam mengimbangi tanggungjawabnya sebagai isteri dan pelajar dalam masa yang sama.