Suamiku Encik Gula
Author: Hanny Esandra
ISBN: 9789673652648
Checking local availability
Title
RM24.00
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,
Dia wanita yang berkuasa. Mengarah orang sesuka hati. Harus semua pekerja tunduk di bawah jari telunjuknya. Dia, Zulfah Insyirah. Gelaran yang diberikan adalah Mrs. Sendu atau Minah Kertu kerana umurnya sudah masuk angka tiga, tetapi masih belum bersuami.
Perjalanan cintanya selalu kecundang, termasuk dengan Akeel Firdaus, lelaki terakhir yang berjaya buat dia gila bayang. Namun, Zulfah Insyirah bukan cita rasa dia! Dia kan Minah Kertu. Lelaki itu pergi dengan model yang bekerja di syarikat Zulfah Insyirah.
Untuk melunaskan dendamnya, Zulfah Insyirah beri tawaran kepada Afeef Zakwan, abang kepada Akeel Firdaus.
“Will you marry me?” – Zulfah Insyirah
“Hah?” – Afeef Zakwan
Kehidupan Zulfah Insyirah berubah 180 darjah selepas berkahwin. Afeef Zakwan bawa isterinya tinggal di kampung. Bermulalah episod Zulfah Insyirah merasa suasana kampung yang tak sesuai dengan jiwanya.
Lama-kelamaan Zulfah Insyirah terbiasa juga. Dia mula menyemai benih cinta terhadap suami sendiri yang selalu bermain dengan kata-kata manis bak lori tertumpah gula satu tan. Namun, setiap perhubungan pasti ada ‘langau’ yang cuba memisahkan.
Salbiah, si janda berhias seboleh-bolehnya mahu Afeef Zakwan memperisterikannya. Dia tidak kisah mahu jadi isteri nombor berapa, asalkan bersama dengan lelaki itu. Geramnya Zulfah Insyirah dengan Salbiah yang tak tahu malu!
Bermacam-macam dugaan yang mereka terpaksa lalui. Bermacam-macam helah dan cara untuk Salbiah hancurkan rumah tangga mereka. Mampukah mereka bersabar dengan fitnah dan cabaran yang terpaksa mereka lalui bersama? Dapatkah Afeef Zakwan mempertahankan cintanya hanya untuk Zulfah Insyirah?