Subulus Salam Fi Tajwid Khairil Kalam
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages, 68
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / QURAN/TAFSIR & HADIS
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Buku Subulus Salam Fi Tajwid Khairil Kalam (Jalan-jalan yang selamat da memperindah sebaik-baik kalam Allah), ini ditulis sejajar dengan sabda Rasulullah SAW: “Orang yang paling baik antara kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” Sesungguhnya buku ini adalah buku latih tubi yang mengandungi kaedah baharu dalam mempelajari cara membaca al-Quran dan ia sangat praktikal untuk digunakan. Persembahannya sederhana dan tersusun mengikut kaedah-kaedah ilmu tajwid.
Kebanyakan kaedah dalam buku ini digunakan dalam seminar dan kursus al-Quran antarabangsa bersama Dr. Abdelrahman Monis Allaithy. Oleh itu, dengan terbitnya buku ini, latihan membaca al-Quran secara standard di bawah bimbingan guru bukan sahaja dapat dijalankan dalam seminar antarabangsa, tetapi juga di sekolah, institusi atau pusat pengajaran al-Quran.
Kelebihan buku ini:
- Buku ini terletak pada ruang kotak berwarna pada setiap contoh dalam jadual sebagai penunjuk bagi tahap dan kualiti bacaan.
- Pelbagai warna digunakan sebagai standard untuk sebutan huruf, perkataan dan ayat al-Quran.
- Dengan beberapa cara yang disediakan pada buku ini, guru al-Quran memainkan peranan penting dalam memperbaiki tahap bacaan melalui kaedah yang digunakan dalam buku ini.
Dimensi: 17.6 x 2 x 25 cm