Sujud yang Terakhir
Publisher,Sentap Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
.
“Melalui internet dan media sosial, fitnah sekarang ini di hujung jari. Agama Islam bebas diperlekeh dan dimalukan begitu saja. Ajaran sesat dan golongan LGBT pula bebas untuk sebarkan pemahaman negatif mereka. Malah, para ulama’ dan agamawan juga bebas dihina. Ya, semuanya semakin bebas!” - Nizarman -
.
“Kewujudan Tuhan tak boleh diterima akal kerana tak boleh dilihat. Kalau Tuhan wujud, kenapa masih ada kejahatan dan orang yang tertindas? Kalau Tuhan wujud, kenapa masih ada beribu-ribu agama di atas bumi ini dan setiap agama pula ada gambaran yang berbeza mengenai Tuhan?” - John -
.
“Islam tak halang perempuan untuk jadi cantik, tapi ia perlu ditunjukkan kepada orang yang layak saja, iaitu suami. Kalaulah kita tahu macam mana ‘kuasa’ mata lelaki bila mereka pandang perempuan, mesti kita akan rasa takut untuk pakai pakaian yang tak sepatutnya.” - Safiyah -
Sebuah karya penulisan yg padat & sarat dgn mesej yg dpt memberi kesedaran kepada kita. Buku yg dpt memberi kesedaran agar kita trus bermuhasabah diri & bersangka baik dgn allah swt.
Sarat dengan mesej-mesej dakwah yang wajar diketengahkan untuk difikirkan oleh para pembaca. Kepada yang mencari buku yang mampu menyentap perasaan untuk lebih muhasabah diri, saya sarankan anda membaca Sujud Yang Terakhir.
Suatu penulisan yang padat ilmu dan nasihat. Pesanan demi pesanan yang merangkumi seluruh umat manusia. Menyentap jiwa dan penuh dengan kejutan.
Sangat Disarankan
Karya Aizudin Hamid memang tak pernah mengecewakan. Novel yang sarat dengan nasihat dan ilmu. Jalan cerita yang menarik Dan diselitkan kesan saspen yang membuatkan pembaca tidak sempat bosan semasa membaca naskah ini. Terbaik.