Sullam Al-Mubtadi (Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar)
Publisher,Al-Hidayah
Publication Date,
Format,
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab kecil yang diberi nama Sullam al-Mubtadi Fi Makrifah Tariqah al-Muhtadi iaitu Tangga Bagi Orang Yang Memulai Belajar iaitu karangan Al-Alim Al-‘Allamah Amin Al-Khair Al-Fahamah Maulana Wa Qudwatuna AI-Syeikh Daud Bin Al-Marhum Al-Syeikh Abdullah A1-Fathani.
Kitab ini membicarakan tentang ilmu Usuliddin atas jalan ahli Sunnah wa al-Jama’ah dan juga berkenaan hukum Fiqah. Untuk mengetahui lebih mendalam lagi, maka sebuah kitab besar akan diterbitkan iaitu syarah bagi kitab ini yang diberi nama kitab Kifayah al-Muhtadi iaitu karangan Muhammad Nur bin Muhammad bin Isma’il al-Fathani.Kitab ini amat sinonim dan masyhur di kalangan para pelajar pondok di mana kita ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan para ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan yang besar kepada bangsa dan agama. Kitab ini pada asalnya adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan bagi memudahkan para pembaca, maka buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah perkataan asalnya. Kitab ini amat digalakkan kepada pembaca supaya mempelajarinya melalui para guru yang berpengalaman dalam bidang pengajian pondok supaya ilmu yang kita perolehi lebih mantap dan diberkati.