Sumpah

ISBN: 9789672328353
Checking local availability
RM19.90
Product Details

Publisher,Buku Fixi
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Kerana desakan hidup, Lela Palatute yang baru berusia 12 tahun telah dikahwinkan dengan seorang lelaki yang jauh lebih tua oleh ibunya sendiri. Dia kemudian terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dalam sebuah banglo mewah yang diwarisi suaminya, jauh dari kehidupan lamanya sebagai remaja yang masih bersekolah.

Semasa menerokai banglo itu dan kawasan sekitarnya, dia telah bertemu seorang wanita tua yang mahu membunuhnya serta makhluk misteri di dalam loteng yang sering mengikutnya ke mana-mana. Enggan terus hidup diselubungi misteri, Lela merancang cara untuk kembali kepada kehidupan asalnya dan keluar daripada malapetaka yang sedang berlaku.

Customer Reviews

Based on 5 reviews
80%
(4)
20%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
Asraff Termizi
Great book

This is once of best novel that i can recommend to read. The very important issue that was brought up in this book is about children's rights and how selfish a person who's willing to do anything for money without thinking of other people's feelings. Fixi fans should really pick up this book. Congrats Shaz Johar for a brilliant story that filled with good messages and moral values. Nice.

M
Mohamad Zariq Zaquan
Menarik

Sumpah menceritakan kisah tentang Lela, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua atas desakan hidup. Lelaki tersebut boleh dikatakan sama umur dengan ayahnya sendiri yang telah meninggal dunia. Tidak lama setelah dipaksa menjadi isteri orang pada umur yang sangat muda, Lela dipaksa berpindah dengan suaminya ke sebuah banglo mewah, dan di situ kehidupannya semakin buruk dihantui dengan pelbagai masalah dan misteri.
Secara keseluruhan,Terdapat banyak mesej penting yang diberi perhatian dalam buku ini, termasuklah child marriage, rape, ilmu hitam, keadaan terdesak kerana kedaifan, penggunaan agama sebagai alasan untuk mengikut nafsu, serta peranan wanita yang dikatakan tidak boleh melakukan apa-apa untuk diri sendiri tetapi cuma memuaskan hati suami. Wanita dan kanak-kanak perempuan berhak untuk hidup demi kebahagiaan mereka sendiri.

S
SITI RADHIAH
Sumpah

Sebuah cerita yang menjadikan child marriage sebagai isu utama. Lela, berumur 12 tahun dipaksa berkahwin dengan Pak Hadir oleh ibunya. Jalan penceritaan yang begitu lancar dan plot twist yang amat mengejutkan, memang tak tercapai dek akal. Penulis menonjolkan kelebihannya dengan mengolah keseluruhan cerita dengan gaya bahasa yang tersendiri. Watak Pak Hadir dicipta amat sempurna - dari segi personaliti, latar belakang dan motif. Memang puas hati membaca novel ini. Perfect!!

A
Asraff Termizi
Sumpah

Sumpah is a very well executed book, dari pelbagai aspek, especially penulisan dan penyampaian mesej dan isu yang prominent. Aku memang rekomen buku ni sangat-sangat, one of the best book I read this year. Sumpah best! Aku harap Shaz Johar teruskan menulis especially on isu-isu sensitif dan penting untuk dibahaskan, macam child marriage dalam buku Sumpah

A
Antonia. S
Plot twist mantap!

Sesuai untuk peminat kisah seram. Gaya penceritaan menarik dan mencabar emosi.Hanya kerana sebiji mangga, yang alim menjadi binatang bertopengkan wajah manusia.Adakah si miskin sentiasa berada dibawah? Beli.