Sumpah Rasulullah S.A.W.: Apakah yang Disumpah oleh Nabi S.A.W.?

ISBN: 9789673611386
Checking local availability
RM17.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“Tiga perkara yang aku bersumpah terhadap ketiga-tiganya iaitu tidak berkurang harta kerana sedekah, tiada teraniaya seorang hamba dengan kezaliman yang dia sabar atasnya, melainkan Allah menambahinya kemuliaan. Dan tiada seseorang yang mengemis kepada manusia, melainkan Allah membuka atasnya pintu kefakiran.” [HR Imam Tirmizi, 2325]
 
Sumpah adalah suatu penegasan yang menggambarkan tekad yang kuat untuk meninggalkan atau melakukan suatu pekerjaan, lalu menghubungkannya dengan sesuatu yang dianggap agung, sama ada secara hakiki mahupun i'tiqadi (keyakinan).
 
Sumpah termasuk bahagian utama daripada ajaran Islam. Terdapat banyak penjelasan al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W. mengenai sumpah. Sama ada sumpah Allah kepada para hamba-Nya, mahupun sumpah-sumpah Rasulullah S.A.W.  berkaitan dengan permasalahan umatnya.
 
Sumpah-sumpah Rasulullah S.A.W. berkaitan kehidupan beragama, permasalahan sosial dan politik. Sebagai contoh sumpah berkaitan dengan pemimpin yang khianat,

 “Demi Allah, tidak ada iman bagi yang tidak memiliki sifat amanah. Dan, tidak ada agama bagi yang tidak menepati perjanjian.”
(HR al-Baihaqi, 4043)
 
Buku ini mengajak anda untuk mengambil iktibar serta panduan keimanan daripada sumpah Nabi S.A.W. Semoga bermanfaat.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)