Sunah Nabi 24 Jam

ISBN: 9789673716432
Checking local availability
RM16.50
Product Details

Publisher,Synergy Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Sesuatu yang penting dan patut dijaga oleh setiap umat Islam dalam kehidupannya setiap hari adalah mengamalkan sunah Rasulullah SAW dalam setiap gerak-geri, perkataan dan perbuatannya supaya kehidupan seharian boleh sentiasa mengikuti sunah Rasulullah SAW bermula dari pagi hari hingga ke malam hari.
Dzunnun Al-Misri berkata:

"Salah satu tanda kecintaan kepada Allah SWT adalah mengikuti apa yang dilakukan oleh kekasih Allah SWT dari segi akhlak, perbuatan, urusan dan sunah-sunahnya."

Jika anda memandang tinggi keperibadian Rasulullah SAW, ikutilah teladannya. Baginda telah meninggalkan sunah untuk diikuti oleh umatnya. Di sinilah kita akan menemui jalan yang akan membawa cahaya dan menerangi perjalanan hidup umat manusia di dunia hingga ke akhir hayat.

Meniti titian sunah Rasulullah SAW akan menjadikan hidup dan jiwa anda dipenuhi nikmat kehidupan. Anda tidak akan menemui panduan hidup atau nasihat yang lebih baik berbanding sunah Rasulullah SAW. Bagi menikmatinya, anda hanya perlu mengikuti teladan Rasulullah SAW ini setiap hari dan waktu sepanjang hayat anda. Pasti anda akan menemui nikmat kehidupan sebenar yang anda cari. Oleh itu, nikmatilah hidup dalam naungan sunah Rasulullah SAW.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)