Sunny
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Selepas 14 tahun mereka berpisah, akhirnya takdir menemukan mereka kembali bersama satu rasa yang sama: benci.
"Kahwin dengan aku, Tia Amelia." – Noah
Lamaran dingin yang dilontarkan daripada Noah ditepis kasar oleh Tia. Dengan kehidupannya yang dikelilingi masalah, kemunculan entiti asing yang tidak henti-henti mengganggunya membuatkan dia teringatkan kisah silam yang menjadi mimpi ngerinya saban malam.
Situasi ngeri yang membuatkan Tia dan Noah berkongsi satu rasa yang lain: tragedi.
"Is that offer still available?" – Tia
"Offer apa pula ni? Aku bukan mall, ada offer bagai." – Noah
"That marriage proposal." – Tia
Perkahwinan yang bersebab. Marriage of convenience. Win-win situation for both parties. Perkahwinan tanpa cinta dan termenterai kerana sebuah perjanjian semata-mata, ditambah pula dengan ground rules yang direka Noah dan pergaduhan sebagai rutin harian, mampukah mereka hidup dalam perkahwinan yang tercipta oleh dua hati yang saling menyakiti?