Sunyi Paling Riuh

ISBN: 9786294793507
Checking local availability
RM22.00
Product Details

Publisher,Kadokawa Gempak Starz
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages,

Tidak ada yang baik bila melibatkan kehilangan. Ibu pernah berkata kepadaku, “Kita tak boleh menghalang apa yang pergi walaupun kita benar-benar menyayanginya”. Namun nasihat itu tidak mampu menenangkan jiwaku apabila mengetahui ibu tidak ada lagi di rumah.


 


Dia pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal pada suatu pagi yang hening. Meninggalkan sekeping surat sebagai pengganti agar tidak mencarinya. Sepi. Tanpa sebarang janji untuk kembali atau petunjuk ke mana dia pergi.


 


Dugaan membuatkan hala tuju hidup Dhuha tidak menentu. Anak panah kompas kehidupan mengacu tanpa arah tujuan membuatkan lelaki itu keliru membuat pilihan.


 


Sehinggalah suatu hari, Zoya, rakan sepermainannya semasa kecil muncul untuk pulihkan semula semangat pemuda itu dan meyakinkannya hidup akan baik-baik jika kita mencuba.


 


Baru saja Dhuha mula bangkit, Zoya tiba-tiba menghilang lalu meninggalkan kesunyian lebih besar lagi.