Surat daripada Dr. Mahathir

ISBN: 9789676121806
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Utusan Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Surat daripada Dr. Mahathir adalah edisi tambahan kepada Dr. Mahathir di Sebalik Tabir hasil karya Zainuddin Maidin yang cetakan pertamanya diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada tahun 1994 dan diulang cetak dua kali sehingga mencapai jumlah jualan lebih 50,000 dalam edisi bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin.

Edisi tambahan ini mencatatkan babak dramatik dan kontroversi yang terus mewarnai kehidupan Dr. Mahathir Mohamad selepas persaraannya yang mulanya disangkakan ramai, beliau akan sepi menyendiri dan tidak lagi akan terdengar suara dan aksinya dalam kancah percaturan politik negara. Tindakan yang paling menggemparkan selepas persaraannya ialah keluar daripada UMNO sebagai kemuncak persengketaannya dengan Perdana Menteri yang dilantiknya Abdullah Ahmad Badawi.

Adalah benar seperti yang dicatatkan dalam terbitan pertama buku ini, Dr. Mahathir adalah tokoh yang membingungkan, digerakkan oleh politiknya yang pragmatik seperti yang terzahir oleh visinya membina Malaysia baru sebagai negara industri dalam menempuh abad ke-21. Semasa kekuasaannya, beliau banyak melakukan perkara yang menghairankan baik dalam kalangan rakan-rakan mahupun musuh-musuhnya. Beliau menyaksikan pemergian tiga timbalan beliau yang amat dipercayai.

Dalam edisi tambahan ini, Zainuddin Maidin (Zam) yang berasal daripada seorang wartawan tetapi kemudiannya menjadi senator, setiausaha parlimen, timbalan menteri dalam era Mahathir dan Menteri Penerangan dalam era Abdullah dapat melihat pemimpin misteri ini daru sudut dalaman dan luaran. Mereka yang telah membaca Mahathir di Sebalik Tabir wajar membaca Surat daripada Dr. Mahathir kerana babak-babak kehidupannya terus-menerus "panas" dan menarik kerana diburu cabaran atau beliau memburu cabaran. Perjuangannya tidak pernah berakhir.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)