Suri Hati Sang Putera
Publisher,LOVE NOVEL
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 450
Sempurna Untuk Dia...
Aturan perkahwinan bukanlah satu hal yang digemari oleh Irene Alyssa, lebih-lebih lagi apabila aturan perkahwinan itu berdasarkan darjat semata-mata. Sementelah itu, dia juga masih belum dapat melupakan bekas teman lelakinya yang telah lama meninggal dunia. “You fikir I layak ke jadi isteri you?” – Irene Alyssa “They said you are fit to be the Crown Princess.” – Tengku Adrian Eiman Walaupun pada mulanya Alyssa menolak lamaran Adrian, namun dia terpaksa mengubah fikiran disebabkan beberapa insiden yang ‘mencalarkan’ maruah kedua-dua buah keluarga. Perkahwinan Alyssa dan Adrian sebenarnya aman dan harmoni sekiranya gosip-gosip lama Adrian bersama Camilla Leanne tidak dibangkitkan kembali oleh media. Meskipun Alyssa cuba bertenang dengan isu-isu suaminya bersama model tersebut, keyakinan dan kepercayaannya mula luntur setelah mengetahui Adrianlah penyebab kematian bekas teman lelakinya. “You akan terima balasan dengan apa yang you dah buat, Adrian.” – Alyssa Badai mula melanda apabila Alyssa dikhabarkan menjadi dalang dalam penyebaran gosipgosip lama Adrian bersama Camilla selepas mereka berkahwin. Benarkah itu dilakukannya demi membalas dendam? Atau, ia sebenarnya permainan Camilla yang mahu mendapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi miliknya dari dulu?