Susahnya Hidup Dengan Manusia: Bagaimana Menjaga Emosi Apabila Bertemu Orang-orang yang Sukar
Publisher,IMAN Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 200 g
No. of Pages, 246
Shelf: Mutiara Minda / Membina Diri / Motivasi
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
“Dia ni tak ada common sense ke?”
“Tak sedar ke apa yang dia buat
tu salah?”
***
Dalam hidup ini, kita pasti
berjumpa pelbagai ragam manusia yang menyakitkan hati dan mencabar emosi.
Sepupu yang suka bergurau tentang
bentuk badan.
Kawan yang acah serba tahu semua
benda.
Rakan sekerja yang rasa cara dia
saja yang betul.
Sudahnya, kita biarkan saja
mereka. Kita cuba kurangkan interaksi dan menjauhi mereka, namun penyelesaian
seperti ini selalunya tidak praktikal dan tidak sihat dalam realiti kehidupan.
Suka atau tidak, kita tetap perlu bersua muka dengan mereka.
Lalu, bagaimana caranya untuk
kita menghadapi orang yang sukar sebegini?
Dalam buku ini, para penulis
mengajak kita untuk tidak semata-mata mengelak atau bertahan dengan situasi,
tetapi juga mempersiapkan diri dengan skil yang diperlukan dalam berhadapan
dengan orang yang mencabar dalam hidup.
Kerana pada akhirnya, mengenali
perhubungan sesama manusia juga akan membawa kita untuk memahami batasan emosi
diri sendiri.