Suspek Tanpa Jejak: Sebuah Novel Thriller
Publisher,RUMAA Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 550 g
No. of Pages, 541
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / MISTERI/THRILLER
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
4 PENCULIKAN. 4 PEMBUNUHAN. 4 SUSPEK.
Empat remaja hilang tanpa jejak. Tiada permintaan wang tebusan, tiada saksi, tiada petunjuk.
Lebih menakutkan, selepas bertahun-tahun hilang, mereka muncul seorang demi seorang tanpa sebarang luka dengan memori yang terpadam, menutup ruang untuk meneruskan penyiasatan. Kes terpaksa ditutup. Empat remaja itu pula kembali meneruskan hidup seperti biasa.
Namun beberapa tahun selepas itu, berlaku beberapa kes pembunuhan kejam yang mengejutkan negara sehingga menyebabkan Inspektor Razi mengesyaki sesuatu dan memulakan penyiasatan rahsianya.
Apakah kaitan kehilangan empat remaja itu dan siri pembunuhan yang berlaku itu? Mengapa mereka diculik kemudian dibebaskan begitu sahaja? Dan mengapa pula kes penculikan dan pembunuhan ini begitu hampir?