Sweetnya Dia

ISBN: 9789671192580
Checking local availability
RM23.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Tatkala melihat Laily yang memanjat kerusi sambil mengendap di luar jendela, hati Zarif sudah mula jatuh suka. Debaran tiba-tiba datang melanda. Apakah rasa itu bernama cinta?

“Nak mengendap anak teruna handsome kat sini ke?” - Zarif
“Eh! minta maaf sikit yer, jangan nak perasan boleh tak?” - Laily

Pertemuan demi pertemuan yang sengaja dicipta Zarif selepas itu buat Laily keliru, siapa sebenarnya lelaki itu?
 
“Saya bawa lori jer.”- Zarif
“Kot yer nak jadi penipu bersiri pun agak-agaklah. Bawa lori pakai BMW. Lori apa?” - Laily

Sweetnya Zarif dalam berbicara, manisnya Zarif tatkala tersenyum buat hati Laily mencair. Pun begitu, ekacauan yang ditimbulkan Alisa dan rahsia yang disimpan Zarif buatkan Laily hilang rasa percaya.

Menerima Zarif sebagai suami kerana dendam bukanlah langkah yang bijak untuk Laily kerana sweetnya Zarif tatkala memujuk terus menukar dendam menjadi sayang. Kalau hati kata cinta, racun pun boleh saja jadi manis.
 
‘Jari ini mungkin tidak selalu bisa menyentuh Laily, mata ini mungkin tidak selalu bisa melihat diri Laily, raga ini mungkin tidak selalu bisa menemani diri Laily, tetapi yakinlah bahawa di hati  ini  hanya ada diri Laily, selamanya…'

Akan kekal bahagiakah rumah tangga mereka apabila ada pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkan? Bila ujian datang melanda dan keraguan mula beraja, hanya kesetiaan yang perlu diambil kira.

Bila hati mula berkata-kata,
Tatkala mata pandai berbicara,
istilah cinta ada di mana-mana...

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)