Syoknya Nikah Muda
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Ini misi mencari calon zauj (suami) dan zaujah (isteri) yang terbaik. Misi ini bukan misi main-main, dan semberono sahaja. Ini misi untuk meraih keredhaan daripada Allah SWT.
Lelaki bujang dan perempuan bujang pasti sedang menanti-nanti akan seruan datangnya panggilan jodoh masing-masing. Tidak ketinggalan ada juga yang sedang sibuk dan bertungkus lumus mencari siapakah dia gerangan calon untuk mereka. Jika sudah ada calon, pasti pilihan akan dibuat. Memilih hanya yang terbaik.
Fitrah berpasangan memang menjadi lumrah dalam hidup seorang manusia. Keajaiban tuhan menjadikan manusia itu secara berpasang-pasangan. Jika ada lelaki pasti ada perempuan yang melengkapi sesama kita yang telah menjadi aturan dan kehendak Allah. Inilah perjuangan hidup sebenar yang terpaksa dilalui oleh setiap lelaki dan perempuan yang masih bujang.
“Saya menadah tangan dan bermunajat kepada Allah agar penulisan ini mampu mengubah dan mengetuk hati para pembaca untuk berkahwin dengan segera jika berkemampuan. Saya juga memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para remaja dan dewasa yang telah terlanjur dalam hubungan yang haram dan terjerumus dalam kancah perzinaan yang dimurkai oleh Allah.