Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang
Publisher,PTS Publishing House
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 172 g
No. of Pages, 168
Shelf: MUTIARA MINDA / RUJUKAN AGAMA / MOTIVASI AGAMA
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Allah tahu kamu penat. Allah tahu kamu sedang berjuang untuk orang yang tersayang. Allah juga tahu kamu hampir putus asa dengan kehidupan di dunia ini. Sedih, kecewa dan dikhianati semuanya dalam pengetahuan Allah Al-Alim.
Ujian adalah sesuatu yang sinonim dalam perjalanan hidup setiap yang bergelar manusia. Namun, sifat manusia yang lemah pastinya mengharapkan pertolongan Allah hadir bersama dalam setiap ujian yang ditempuh.
Tanpa kita sedar, ujian yang datang silih berganti menjadi asbab kita memperbaiki diri ke arah lebih baik dan berusaha meningkatkan keimanan dalam diri. Kerana pada akhirnya nanti, kita percaya hakikat perjuangan menguruskan ujian di dunia akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran syurga oleh Allah di akhirat kelak.
Tahan dan Kekal Tenang, Nanti Datang Senang ini adalah sekuel daripada buku yang pertama: Tahan dan Tenang Nanti Datang Senang (2023).
Buku ini mengandungi kompilasi nota infografik tulisan tangan (Quran Journaling) daripada 30 ayat al-Quran pilihan yang bertemakan ujian kehidupan. Istimewanya buku ini mengandungi ruangan interaktif DIY Tadabbur beserta panduan agar para pembaca dapat berinteraksi dengan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan seharian.
Moga persembahan penulisan yang menarik, interaktif dan bermanfaat dalam buku ini membantu para pembaca lebih mudah memahami hikmah tadabbur daripada ayat-ayat al-Quran, serta beramal dengan sebaik-baik akhlak al-Quran.
Dimensi: 13.5 x 1.5 x 19 cm