Tak Bisa Hilang Cinta

ISBN: 9789671537282
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Anggun Melor
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Berkahwin dengan seorang lelaki yang sering menyimpan curiga, bukanlah satu keadaan yang menyenangkan bagi Ariana. Setiap hari yang dilalui, dia perlu berhati-hati dalam setiap langkah.

ARIANA "Sebagai pembantu peribadi mak su, Rin tak boleh elak dari berjumpa Haji Fahmi kalau ada apa-apa urusan berkaitan."

Izudin... kegagalan rumah tangganya bersama wanita yang dikasihi, menjadikan dia seorang yang over protective selepas berkahwin dengan Ariana. Pantang telinganya mendengar nama `Haji Fahmi', mulalah dia penasaran. Manakan tidak, Haji Fahmi itu pernah menzahirkan rasa suka pada isterinya. Namun, mampukah Ariana bertahan dengan sikap Izudin yang sering dihantui prasangka dan cemburu itu? Sebagai suami, Izudin berusaha melakukan sesuatu. Dirasakan dirinya seperti ada yang tidak kena, dia merancang berjumpa pakar psikiatri.

"Tapi abang tak gila."

"Astaghfirullah... sayang... jumpa pakar psikiatri, tak semestinya kita gila."

"Rin tak mahu dengar. Bagi Rin, cadangan abang tu mengarut. Abang normal, abang waras, kenapa perlu sampai jumpa pakar psikiatri?"

"Kan abang dah kata, setiap individu yang dapatkan khidmat pakar psikiatri, tak semestinya mereka gila. Sayang tolonglah faham. Abang buat semua ni untuk kebaikan kita."

Ariana pasrah dengan keadaan. Haji Fahmi yang selama ini dibenci oleh Izudin, adalah orang yang sanggup membawa suaminya menjalani rawatan dengan perubatan Islam.
 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)