Tak Mahu Dirayu Bulan
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Tak Mahu Dirayu Bulan edisi bahasa Melayu novel The Aluminum Coin karya Andrea Hirata - ialah versi fiksyen kisah Andrea Hirata sendiri yang pernah menjadi buruh kecil, pendulang timah, pernah drop out ketika sekolah menengah,
menjadi kuli kedai bahan pembinaan bangunan, belajar di bawah lampu jalan untuk ujian kemasukan universiti negeri serta pegawai pejabat pos. Dia tak pernah bercita-cita menjadi penulis. Novel pertamanya Laskar Pelangi – The Rainbow Troops – telah diterjemahkan kepada puluhan bahasa asing dan menjadi buku international bestseller pertama Indonesia.
Dalam Tak Mahu Dirayu Bulan, Andrea Hirata berkongsi pengalaman membaca dan menulis fiksyen dari rentang 20 tahun karier menulisnya, serta lebih daripada seribu acara buku di banyak negara, mulai dari Smithsonian, USA, Zurich hingga pulau-pulau Pasifik. Sangat berguna bagi pembaca dan para penulis muda. Berasa malu dan bertanggungjawab moral atas biasiswa kesusasteraan yang diterimanya dari negeri asing, Andrea Hirata menulis cerpen pertamanya "Dry Season" yang kemudian terpilih dimuat di majalah sastera terkemuka Amerika Syarikat: Washington Square Review, New York Univesity, Winter/Spring 2011.
Andrea Hirata telah memenangi beberapa penghargaan sastera antarabangsa, antaranya pemenang pertama New York Book Festival dan Buchawards, Jerman. Andrea Hirata juga telah menerima gelar Doctor Honoris Causa Literature dari University of Warwick, UK.