Tak Perlu Sentap-Sentap
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 510 g
No. of Pages,
Buku TAK PERLU SENTAP-SENTAP ini ialah contoh buku yang mampu menyentuh hati. Buku yang sangat dekat remaja ini berjaya memberi jawapan yang tuntas kepada banyakpersoalan yang berlegar-legar dalam kehidupan remaja. Rentak tulisannya yang cepat dan ligat mampu mengikut aliran fikiran remaja yang laju dan melayan arah fikiran yang sering berubah-ubah. Bentuk mengikut fungsi, maka beginilah bentuk buku yang sesuai untuk mendekati dan meresapi hati remaja.
Sesuai untuk bacaan santai tetapi dalam masa yang sama mendapat input yang sangat baik.Keseluruhannya isi kandungan ini membuatkan kita muhasabah seketika.Buku ini sangat menarik!
Sebuah buku motivasi yang bagus. Pelbagai gaya bahasa digunakan agar tidak terlalu keras dan bertindak sebagai sindiran secara halus. Setiap persoalan disediakn dengan jawapan. Penuh dengan pengajaran dan kata-kata positif. Sesuai dibaca oleh semua golongan peringkat. Very nice 👏
Buku motivasi dan informasi yg bagus, sesuai untuk para remaja jadikan buku ini sebagai panduan dan rujukan dalam meneruskan dan menjalani kehidupan meningkat dewasa. Penulisan yg mudah difahami dan byk pengajaran dan teladan yg boleh diambil dr buku ini. Bahan bacaan yg sangat bermanfaat.
Sesuai untuk bacaan santai tetapi dalam masa yang sama mendapat input yang sangat baik .
Saya suka satu topik yang berkongsi tentang duit. Bagaimana ingin menabung dan sebagainya. Buatkan saya terfikir, kenapa aku tak pernah baca buku tentang kewangan. Mungkin bimbang dengan laras bahasa yang tidak boleh difahami.
Keseluruhannya, isi kandungan buku ni buatkan kita muhasabah seketika. Santai dan sampai.
Persoalan tentang kehidupan yang dijawab oleh penulis dalam buku ini benar-benar memberi kesedaran dan pengajaran kepada pembaca yang mencari rujukan mahupun motivasi.