Tak Suka Tak Apa
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Paling best kalau jatuh cinta pandang pertama. Tapi yang tak bestnya, kalau cinta langsung tidak berbalas. Entah kenapa dalam ramai-ramai penuntut perempuan, mata Syed Imran hanya pandang Nad. Nak kata Nad tu cantik, biasa saja.
"Nad, awak tak ingat saya ke? Saya Syed Imran. Saya sudah jadi kekasih awak selama enam bulan. Kenapa awak masih tak ingat saya?"
Orang gila mana pula ni sesuka hati mengaku jadi kekasih Nad? Pening nak layan dan tak pernah layan pun. Jangan kata kekasih, kawan lelaki Nad pun boleh dikira dengan jari. Pelik betul. Itu bukan alasan untuk Syed Imran berputus asa. Kata Syed Imran, sekali dia jatuh cinta, selamanya kekal menjadi cinta walau apa pun halangannya.
Akhirnya ketika Syed Imran hampir angkat bendera putih, tiba-tiba Nad balas senyuman Syed Imran. Bukan sebab bunga, bukan sebab kata-kata rayuan, tapi Nad nampak Syed Imran pergi surau. Kata arwah nenek Nad, kalau mahu cari calon suami, biarlah suami yang tak tinggal solat. Kalau lelaki tak tinggal solat, maknanya dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Nad balas senyuman Syed Imran hanya disebabkan itu.
Tapi, bukan mudah cinta mahu bertanda noktah kalau satu pihak umpama gagak di rimba dan di sebelah sana pula umpama merak kayangan. Syed Imran harus kahwin dengan Syarifah juga. Itu kata Puan Salmah, bukan kata Syed Imran. Kata Syed Imran, nama isterinya ialah Intan Nadhira. Bukan nama lain. Kalau tidak, dia tak akan kahwin sampai bila-bila.
Puan Salmah ikutkan juga kehendak Syed Imran, tapi bukan bermakna dia kalah dengan Syed Imran. Dia ada rancangan lebih besar untuk memusnahkan mahligai anak kesayangannya. Mana boleh dibiarkan Syed Imran bersama perempuan yang entah dari mana asal keturunan!
Berjayakah Syed Imran pertahankan mahligainya bersama insan yang dia paling sayang dan apa pula helah Puan Salmah untuk memisahkan Syed Imran dan Nad?