Takkan Pernah Berubah

ISBN: 9789670508023
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Jemari Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,


Shahira dan Iqmal berkahwin atas dasar suka sama suka walaupun keluarga Shahira tak menerima perkahwinan mereka dan keluarga Iqmal pula tidak tahu langsung. Kehidupan mereka agak susah kerana Shahira tak bekerja dan Iqmal pula masih belajar. Perkahwinan mereka diuji apabila Iqmal mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan mengalami kemalangan di sana. Lebih mengharukan apabila Iqmal hilang ingatan tentang Shahira. Manakala Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baru setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan. Iqmal kembali menyambung pelajaran apabila kecederaannya semakin sembuh.

Di luar negara, barulah dia ingat segala-galanya termasuk isteri yang ditinggalkan. Dia meminta sahabatnya Firdaus mencari Shahira tetapi gadis itu sudah berpindah. Bermula dari situ Iqmal tidak pernah berhenti mencari Shahira setiap kali pulang ke tanah air.

Setelah sepuluh tahun berlalu, Shahira sudah berjaya menamatkan pengajian dan bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?